suria

Polis, ROS Tidak Dibenar Masuk Periksa Pejabat Suaram

PETALING JAYA: Sekumpulan enam lelaki yang terdiri daripada pihak polis dan pegawai Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) tiba di ibu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di sini kira-kira pukul 11.55 pagi Rabu untuk membuat pemeriksaan.

Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai berkata, lelaki berkenaan tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai dokumen atau waran yang memberikan mereka akses untuk memasuki premis.

“Apabila peguam kami tiba, mereka memberikan kami satu borang ROS untuk diisi tetapi kami menolak dan beberapa kali menjelaskan bahawa Suaram di bawah pertubuhan syarikat (ROC) dan bukan di bawah bidang kuasa ROS,” katanya pada sidang media di premis berkenaan.

Kesemua lelaki terbabit meninggalkan premis kira-kira pukul 12.30 petang.

Artikel Lain