suria

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Akan Dibina - Chor

PETALING JAYA: Kerajaan berharap untuk membina kira-kira 30,000 hingga 50,000 rumah mampu milik pada tahun hadapan bagi golongan yang berpendapatan sederhana.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata pihak pemaju swasta bekerjasama dengan kerajaan, rumah mampy milik yang berharga tidak lebih daripada RM300,00 akan dapat dibina.

"Golongan berpendapatan sederhana yang mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan hanya mampu untuk membeli rumah seperti ini. Kita merasakan permintaan untuk rumah sedemikian sangat tingg," katanya selepas merasmikan 'The Winners Announcement of The Golden Bull Award 2012' di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai apa yang beliau mahukan untuk kementeriannya dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan.

Sambil mengakui rumah berharga antara RM300,000 hingga RM400,000 adalah agak ‘mustahil’ untuk ditemui di Kuala Lumpur, beliau mencadangkan Syarikat Perumahan Malaysia Berhad, menggunakan tanah awan untuk membina rumah tersebut.

Chor juga mencadangkan agar rumah berkenaan didina di lokasi di luar Kuala Lumpur sebagai contoh di Kajang, Semenyih dan Rawang.

Ditanya sama ada insentif akan ditawarkan kepada syarikat pemaju yang membina lebih banyak rumah mampu milik, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri lebih fleksibel dengan membenarkan pemaju swasta membina rumah yang bernilai tidak lebih daripada RM200,000.

Beliau berkata pada ketika ini pemaju hartanah dikehendaki mengikut kuota 30 peratus untuk membina rumah kos rendah dalam satu projek.

"Pada tahun 1980 an, permintaan bagi rumah kos rendah adalah tinggi tetapi kini ramai yang mampu membeli rumah kos sederhana. Pemaju akan menanggung kerugian dan lebih bersedia untuk membina rumah sedemikian," katanya.

Artikel Lain