suria

Isu Hina Nabi: Nik Aziz Enggan Ulas Kenyataan Pengerusi DAP Perak

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang memperlekeh tindakan umat Islam membantah serta menentang filem anti-Islam 'Innocence of Muslims'.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata ini kerana beliau belum membaca kenyataan Ngeh itu.

"Oh (kenyataan itu) saya belum baca lagi," katanya sambil menunjukkan isyarat tangan beliau enggan mengulas kenyataan Ngeh sebelum beredar meninggalkan wartawan.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Kelantan di Kota Darulnaim pada Rabu.

Nik Aziz diminta mengulas tindakan Ngeh yang mengeluarkan kenyataan 'Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?' dalam laman twitternya.

Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California itu, yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia selepas disiarkan dalam laman YouTube. - BERNAMA

Artikel Lain