suria

Warga Myanmar Mati Ditikam Selepas Bertengkar Dengan Rakan Senegara

IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar mati ditikam selepas bertengkar dengan empat rakan senegaranya ketika makan di kilang Flexwell Sdn Bhd di sini, malam Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Myo Thu dipercayai dibunuh selepas bergaduh dengan empat suspek lelaki.

"Mengikut maklumat seorang saksi, mangsa dan suspek seramai empat orang sedang makan dan minum, tiba-tiba berlaku pertengkaran dan salah seorang daripada suspek mengeluarkan pisau dan terus tikam mangsa," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa hanya memiliki slip pendaftaran pendatang asing tanpa izin.

"Polis sedang giat mengesan kesemua suspek, dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain