Tiga Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan, Banduan Dibawa Terlepas - Semasa | mStar

Tiga Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan, Banduan Dibawa Terlepas

KUANTAN: Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini, itu menyebabkan tiga anggota polis parah dan banduan itu melarikan diri.

Anggota polis yang cedera itu ialah pemandu, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Kpl Zulhairi Ramli, 24, dan Kpl Abd Rashid Ahmad, 51. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Derah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusuff berkata ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Jasmani berkata seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruhnya menyerah diri namun banduan itu tidak mengendahkannya.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan, Mohd Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan itu.

"Polis kini menubuhkan pasukan khas dan membuat sekatan jalan raya melalui 'ops tutup' di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit.

"Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dengan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bermula 28 Jun lepas," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Jasmani meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan banduan terbabit agar segera melaporkannya di balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-5142999. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain