SKMM Pantau Kandungan Penyiaran Bahan Di Internet - Semasa | mStar

SKMM Pantau Kandungan Penyiaran Bahan Di Internet

KUANTAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau dan menapis kandungan klip video yang disiarkan di internet, persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang diberitahu pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata dengan mengambil isu penyiaran klip video yang menghina Nabi Muhammad s.a.w di internet baru-baru ini sebagai contoh, semua pihak juga perlu tampil membuat aduan rasmi sekiranya mengesan sebarang klip video yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama disiarkan di internet.

"Perkara ini sentiasa dipantau SKMM melalui 'Task Force' yang mereka tubuhkan. Penyiaran klip video seperti ini, tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi jika ia boleh menganggu keharmonian hubungan antara kaum dan agama.

"Orang ramai perlu memainkan peranan dan membuat laporan segera kepada pihak SKMM atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang penyiaran bahan seperti itu," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) yang mahu tahu apakah tindakan kerajaan bagi menghalang penyiaran klip video yang berjudul Innocence of Muslims, di YouTube baru-baru ini terhadap pengguna internet di negara ini.

Menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berhubung jenayah siber yang semakin serius, Mohd Sharkar berkata kebanyakan kes penipuan internet membabitkan sindiket yang beroperasi di luar negeri Pahang dan luar negara.

"Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memiliki 'Task Force' sendiri bagi mengendalikan kes seperti ini.

"Orang ramai perlu berhati-hati dengan pelbagai taktik licik yang digunakan kumpulan atau sindiket penipuan internet dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menjadi mangsa," katanya.

Katanya, kebanyakan mangsa pula adalah wanita yang belum berkahwin, ibu tunggal dan mereka yang berkerjaya.

"Terdapat dua kemungkinan yang mendedahkan individu menjadi mangsa sindiket penipuan internet iaitu sikap tamak mereka sendiri, atau terlalu lurus bendul dan mudah percaya dengan setiap benda yang mereka dengar atau pesanan yang diterima melalui e-mel atau laman sosial," katanya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Sikap Menjengkelkan Penunggang Motosikal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain