suria

Empat Ditahan Bantu Kes Gaduh

SUNGAI PETANI: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Ladang Bukit Lembu, Gurun, dekat sini, malam tadi, yang menyebabkan seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Ong Aik Chang berkata kesemua lelaki terbabit ditahan hari ini di sekitar lokasi kejadian dan kawasan-kawasan berhampiran.

"Setakat ini, empat lelaki sudah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes ini. Kami juga masih memburu beberapa lagi suspek termasuk suspek utama kejadian ini dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, K. Kalyani, 57, maut akibat terkena tembakan di bahagian pipinya, manakala tiga lelaki termasuk anak wanita berkenaan, Kathiraven, 23, cedera akibat ditetak oleh kumpulan yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain