suria

BN Akan Lakukan Lebih Banyak Perubahan Untuk Negara - PM

SIBU: Barisan Nasional (BN) amat mengalu-alukan perubahan tetapi perubahan yang dilakukan secara terancang dan sistematik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, BN hanya mahukan perubahan yang boleh membawa perubahan dan kemajuan sebenar kepada rakyat dan itu yang berlaku sekarang.

Katanya, BN bukan saja membawa perubahan besar kepada negara tetapi secara berterusan seperti yang dijanjikan.

Beliau mengkritik pihak pembangkang kerana pandai menabur janji tetapi tidak mengotakannya semata-mata untuk meraih undi rakyat.

"Mereka sanggup menjanjikan bulan dan matahari dan malahan seluruh sistem galaksi kepada orang ramai. Semua itu semata-mata untuk meraih undi.

"Siapa yang boleh membangunkan negara ini? Hanya BN saja," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru di Sarawak, Kolej Universiti Teknologi Sarawak di sini, Ahad.

Artikel Lain