suria

PM Ajak Rakyat Laungkan Rasa Bangga Dan Cinta Kepada Negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat melaungkan perasaan bangga dan cinta kepada tanah air yang disifatkannya begitu sejahtera dan aman, sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 pada Ahad.

"Dirgahayu Malaysia, Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia," katanya di dalam entri terbaru blog peribadinya, 1Malaysia.

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia tahun ini amat istimewa kerana buat kali pertama, hari yang bermakna dan bersejarah itu akan diraikan secara besar-besaran di Sarawak.

Berlangsung di tapak lama Lapangan Terbang Bintulu malam Ahad, sambutan Hari Malaysia kali ini dijadual dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Majlis itu juga dihadiri Najib, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa menteri Kabinet. - BERNAMA

Artikel Lain