suria

Isu Filem Hina Islam: Malaysia Pertingkat Keselamatan Di Sekitar Kedutaan AS

KUALA TERENGGANU: Malaysia mengambil langkah mempertingkatkan keselamatan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur berikutan protes yang diadakan di seluruh dunia terhadap sebuah filem yang menyinggung perasaan orang Islam dengan dakwaan gambaran negatif Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu berkata, kementeriannya memahami tentang tindakan itu dirasai oleh orang Islam di seluruh dunia dan tujuan protes yang menyasarkan kerana mereka berasa bertanggungjawab.

Klip video selama 14 minit itu dikatakan sebagai gazet sebuah filem yang mempersendakan dan menghina Islam dan Nabi Muhammad, yang disiarkan di Youtube pada July, telah menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

“Saya faham bahawa agenda tersembunyi seperti dalam sebuah filem adalah mahu membangkitkan reaksi negatif daripada masyarakat Islam.

“Kita turut memantau kedutaan AS sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan,” kata Hishammuddin kepada para pemberita selepas melancarkan mesyuarat Umno bahagian Hulu Terengganu di sini pada Sabtu.

“Secara peribadi, saya tidak menerima kandungan filem itu,” katanya.

Beliau menambah, kementerian tidak menerima sebarang permohonan daripada pengedar filem untuk menayangkan filem kontroversi itu di Malaysia.

“Ia di bawah bidang kuasa Lembaga Penapisan Filem,” katanya.

Di LUMUT, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya berbuat sesuatu terhadap menyekat gazet filem itu di Youtube.

“Filem yang menggambarkan Nabi Muhammad dan Islam secara negatif itu menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam di seluruh dunia,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Merdeka pada Sabtu.

Dr Zambry berkata, beberapa negara di Timur Tengah telah menyekat filem berkenaan di negara mereka berikutan terdapat beberapa siri bantahan yang berlaku di sana.

Klip video filem “Innocence of Muslims” itu menyebabkan beberapa bantahan pada Khamis menentang Kedutaan AS di Mesir dan Yaman, sehingga mempengaruhi demonstrasi di Iraq, Iran, Tunisia dan Bangladesh.

Terdahulu, berlaku serangan di konsulat AS di Libya pada Selasa yang menyebabkan Duta AS ke Libya dan tiga pekerja perkhidmatan luar negara terbunuh, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan bantahan itu, tetapi penyiasat dilaporkan berkata bahawa mereka mensyaki ia merupakan tindakan puak pelampau.