suria

Pengorbanan Akan Bawa Kejayaan Kepada Parti - PM

PEKAN: Sebuah parti yang mahu meraih kejayaan perlu memperkukuhkan perjuangan yang bermakna, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, apa-apa perjuangan pun mesti direstui dan diberkati oleh Allah.

“Jai apa yang perlu kita lakukan supaya Allah merestui perjuangan kita? Jika kita berjuang mengikut jalan-Nya dan secara teratur, maka Allah pasti akan memberi rahmatNya,” kata Najib di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan pada Sabtu.

Presiden Umno itu menggesan para anggota parti supaya mengenepikan kepentingan diri mereka dan isu-isu kecil bagi memastikan kejayaan parti.

"Selagi kita sanggup berkorban dan bertindak seperti membina sebuah bangunan yang kukuh, kita akan melihat kejayaan dalam pilihan raya umum," kata Najib.

Beliau juga berkata, Umno meraih banyak pencapaian sepanjang tempoh 55 tahun kepimpinannya tetapi pembangkang masih menafikan kejayaan parti.

"Baru-baru ini, seorang pemimpin pembangkang datang ke Pekan dan berkata beliau tidak nampak apa-apa pembangunan, saya tertanya-tanya di mana matanya?" soalnya.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, menyenaraikan rentetan projek di kawasannya seperti pembangunan Universiti Malaysia Pahang, sebuah hotel empat bintang dan menaik taraf lebuh raya Kuantan-Pekan.

"Siapa yang mengatakan terdapat tiada pembangunan? Hanya yang buta hati dan tiada visi tidak boleh melihatnya. Ubat yang terbaik adalah untuk mengajar mereka pada pilihan raya akan datang," katanya.

Artikel Lain