suria

PKR Selangor Sengaja Mahu Burukkan Nama BN - Noh Omar

JITRA: Hasrat kerajaan negeri Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum dipercayai bertujuan menimbulkan persepsi buruk terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung pembersihan daftar pemilih.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau percaya persepsi buruk itu sengaja dicipta kerana sedar mereka tidak mampu mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum 2008.

"Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihan raya nanti dan sebelum kalah mereka mencipta satu persepsi bahawa kekalahan itu disebabkan kononnya B Nbermain kotor dengan mewujudkan pengundi yang tidak dibersihkan," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum akan datang.

Katanya kerajaan PKR Selangor membuat kerja tidak berfaedah dengan membangkitkan isu berhubung pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). -BERNAMA

Artikel Lain