suria

OKU Maut Dilanggar Kereta

KOTA BAHARU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) terbunuh dilanggar kereta ketika melintas Jalan Salor Lama, dekat Kampung Kota di sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman, berkata mangsa, A.Arman Awang, 47, mati di tempat kejadian pada kira-kira pukul 10.15 malam.

Katanya, pemandu kenderaan, seorang pesara tentera berumur 47 tahun, membuat laporan di balai polis Kota Baharu.

Azham berkata, menurut keluarga mangsa, Arman yang dikatakan pernah mengalami penyakit mental menyeberang jalan itu selepas solat Isyak di masjid berhampiran rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya selepas solat Jumaat hari ini. -BERNAMA

Artikel Lain