suria

Keputusan MUET Diumumkan Khamis Depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Julai akan diumumkan Khamis depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Keputusan tersebut boleh diperoleh di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos, kata MPM dalam kenyataan hari ini.

Seramai 63,654 calon menduduki peperiksaan itu.

"Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888, mulai tengah malam 20 September atau melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan untuk menyemak semula keputusan MUET ialah pada 27 September dengan disertakan bayaran RM70 manakala tarikh tutup pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November ialah pada 26 September. -BERNAMA

Artikel Lain