suria

Ibu Saudara Kanak-Kanak Meninggal Dalam Upacara Pemujaan Didapati Sihat Untuk Perbicaraan

BUTTERWORTH: Ibu saudara kepada kanak-kanak yang meninggal dunia semasa upacara pemujaan didapati sihat oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk perbicaraan, walaupun dia mengalami masalah kecelaruan fikiran semasa kejadian.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menerima laporan psikiatri dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, yang menyatakan bahawa Chua Ah Luan, 40, boleh dibicarakan. Beliau membenarkan Ah Luan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Ah Luan, seorang guru sekolah, didakwa bersama dengan enam ahli keluarga lain pada 17 Ogos, dengan menyebabkan kematian anak saudaranya berumur dua tahun dan sembilan bulan, melalui upacara pemujaan.

Mereka yang lain ialah ibu bapa kanak-kanak itu, Chua Seng Ban dan Lim She Lee, kedua-duanya 35, Ong Soh Guat (nenek), 67, Chua Seng Hoo (bapa saudara), 29, dan Loke Xin Lin (sepupu), 21 dan seorang anak saudara lelaki berusia 16 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Bukit Minyak 19, Taman Bukit Minyak di Bukit Tengah berhampiran Bukit Mertajam, pakal pukul 7.50 hingga 10.52 malam pada 5 Ogos 2012.

She Lee dilihat mengelap air matanya dengan sapu tangan di luar mahkamah, tetapi seluruh ahli keluarganya tenang.

Hakim Ikmal Hishan juga memeberi kebenaran terhadap permintaan DPP Siti Aishah Ramlan untuk menggunakan Seksyen 396 Kanun Tatacara Jenayah untuk merekodkan kenyataan daripada pembantu rumah keluarga, warga Indonesia.

Beliau juga menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh sebutan.

Artikel Lain