suria

PM Jadi Hos Majlis Makan Tengah Hari Untuk Duke Dan Duchess Of Cambridge

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton pada majlis makan tengahari bagi meraikan pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu yang mengadakan lawatan selama empat hari ke Malaysia ketika di Seri Perdana, Khamis. Lawatan pasanagan diraja itu adalah bagi pihak Ratu Elizabeth II, sempena sambutan jubli intan pemerintahan baginda Ratu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Catherine, menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Lawatan rasmi empat hari pasangan diraja itu adalah bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.

Duke dan Duchess of Cambridge juga dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, dan menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara, malam ini.

Pasangan diraja itu dijadual melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain