suria

Negara Perlu 82, 000 Jurutera Capai Status Negara Maju

JOHOR BAHARU: Negara memerlukan 82,000 jurutera untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata berdasarkan kajian Lembaga Jurutera Malaysia, kadar nisbah yang seimbang bagi jurutera dan penduduk Malaysia adalah 1:350.

"Di negara maju seperti Jerman dan Korea Selatan, nisbah antara jurutera dan penduduk adalah 1:100 dan sehingga kini negara telah mempunyai 65,000 orang jurutera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Khamis.

Shaziman berkata penuntut yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak projek daripada pihak swasta mahupun kerajaan yang memerlukan khidmat mereka.

Ini termasuk projek petroleum dan gas di Pengerang, Johor dan projek My Rapid Transit (MRT) dan Light Rail Transit (LRT) untuk Greater Kuala Lumpur. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain