suria

Langat 2: 65 Syarikat Sertai Taklimat Tender, PAAB Harap Kemelut Selesai Segera

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail (tengah) semasa melihat Buku "Batik Malaysia Design and Inovation 1960an-1990an" yang telah diserahkan oleh Pengarang Buku yang juga merupakan Pemegang Amanah dan Kurator Tamu Pameran Batik Ela : Reka Corak da Inovasi 1960an-1990 an pada tahun 2011 Raja Datin Paduka Fuziah Raja Uda (kanan) pada majlis Penghargaan dan Penyerahan Koleksi Sampel Batik Ela dan Pakaian Batik dari Era 1960-an hingga 1990-an kepada JMM sebagai Koleksi Pameran di Muzium Tekstil Negara, Khamis. Turut kelihatan Pengarah Muzium Tekstil Negara, Janet Tee Siew Mooi. -fotoBERNAMA
Ahmad Faizal
Ahmad Faizal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 65 syarikat yang berminat dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) telah menghadiri taklimat tender yang dikendalikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata dengan bermulanya proses penenderan secara terbuka, diharapkan kemelut yang melanda projek ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ahmad Faizal berkata, tender Langat 2 (Pakej 2A) dibuka setelah PAAB membuat kajian terperinci mengenai bekalan air terawat yang mungkin tidak mencukupi menjelang 2016 di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, dengan mendapat persetujuan kerajaan.

"Kita sebagai agensi pelaksana. Sekarang kerajaan kata buka tender dulu dan kita buka. Nak buka tender pun makan masa.

"Kalau asyik tangguh tidak akan ada penghujungnya. Kita yakin Langat 2 adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah air kerana ia lebih efisyen dan menjimatkan," katanya pada sidang media selepas sesi taklimat tender di ibu pejabat PAAB, dekat sini, Rabu.

Pada Khamis, semua wakil dari syarikat yang menghadiri taklimat akan melawat tapak projek sebelum membuat keputusan membeli dokumen tender.

Menurut Ahmad Faizal Langat 2 dijangka akan mula dilaksanakan pada Jun 2013, selepas penganugerahan tender kepada syarikat yang dipilih memandangkan permintaan terhadap air terawat di Selangor dan K.Lumpur semakin meningkat.

Katanya, projek tersebut bakal mengambil masa selama 45 bulan atau anggaran kasar selama empat tahun untuk disiapkan.

"Bagi kita tak salah buat persediaan awal. Untuk melaksanakan projek, tidak ada masa khusus untuk memulakannya.

"Ia dibuat berdasarkan bekalan air terawat yang dijangka mengalami margin yang kecil pada 2016. Kita tak mahu ambil risiko...tak mahu orang di K.Lumpur atau Selangor ada masalah air selama setahun (misalnya)," jelasnya.

Menyedari wujud kontroversi di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor mengenai projek ini Ahmad Faizal berkata isu utama dalam pelaksanaan projek ini ialah isu penstrukturan air di Selangor.

"Kerajaan negeri tak pernah kata tak perlu bina. Mereka kata selagi penstrukturan air tak ditamatkan mereka tidak akan bagi kelulusan untuk Langat 2.

"Isunya adakah penstrukturan dapat diselesaikan dalam masa 10 bulan akan datang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAAB tidak melihat masalah dari segi tanah untuk melaksanakan projek yang menelan kos sebanyak RM3.7 bilion ini.

Katanya Langat 2 melibatkan 300 lot tanah keseluruhannya dan 200 lot telah dikeluarkan Borang K (kelulusan) oleh Pejabat Tanah dan Galian manakala selebihnya dalam proses mendapatkan kelulusan.

Tender untuk Pakej 2A Langat 2 pula melibatkan 86 lot tanah yang telah diluluskan.

"Dari segi tanah tak ada masalah besar tapi dari segi lain seperti pemasangan paip dan sebagainya akan ada masalah jika tak dapat kebenaran (Selangor)," katanya.

Ditanya adakah PAAB mempunyai kuasa meneruskan pembinaan Langat 2 walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor Ahmad Faizal menjawab:

"Kita sebagai agensi yang mengimplementasi...kerajaan atau kabinet yang buat keputusan.

"Walaupun kerajaan Negeri Selangor tak benarkan, kerajaan Persekutuan ada dasar dan undang-undang lain untuk kepentingan rakyat.

"Berdasarkan itu kita harap projek dapat dijalankan," ujarnya.

Langat 2 dicadangkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai persediaan menghadapi krisis air di Selangor, K.Lumpur dan Putrajaya yang dijangka berlaku pada 2016 dan merupakan sebahagian daripada Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS).

Air mentah akan disalurkan ke ke Langat 2 dari Sungai Semantan, Pahang melalui terowong sebelum dirawat dan digunakan seluruh penduduk Lembah Klang yang dijangka memerlukan sebanyak 2,000JLH (juta liter sehari) pada waktu itu.

Tender terbuka untuk projek ini telah diiklankan pada 4 September lalu manakala taklimat dan penjualan dokumen tender dibuat pada 12 September.

Tarikh akhir penghantaran tender ialah pada 20 November 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Lain