suria

Polis Akan Kaji SOP Penggunaan Gari

KUALA LUMPUR: Polis akan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berhubung penggunaan gari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, ia berikutan aduan mengenai penggunaan gari dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini.

"Kita akan mengkaji penggunaan gari untuk memastikan alat tersebut digunakan apabila perlu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kajian semula mengenai prosedur polis apabila menahan individu yang menyerah diri adalah perlu.

Beliau berkata demikian selepas tindakan menggari Ong Sing Yee, 19, yang tampil menyerah diri kerana memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka bulan lalu.

Artikel Lain