suria

Perbicaraan Kes Wanita Amuk Ditetapkan 11 Oktober

Muhdalena memakai topeng Power Ranger ketika meninggalkan perkarangan mahkamah.
Muhdalena memakai topeng Power Ranger ketika meninggalkan perkarangan mahkamah.
Muhdalena memakai topeng Power Ranger ketika meninggalkan perkarangan mahkamah.

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan seorang wanita yang mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Julai lalu.

Muhdalena Ahmad, 28, didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Muhdalena didakwa melakukan kesalahan itu bersama dengan Khalil Afendi yang maut selepas mengalami kecederaan akibat tembakan polis.

Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohamed Kamil Nizam turut menetapkan 28 September sebagai tarikh pengurusan kes terakhir sebelum perbicaraan.

Muhdalena yang memakai topeng Power Ranger berwarna kuning dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah ditemani bapanya.

Artikel Lain