Pelajar Nigeria Dituduh Edar Dadah - Semasa | mStar

Pelajar Nigeria Dituduh Edar Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan mengedar dadah melibatkan 40.658 kilogram methaphetamine dan heroin, di Taman Sri Hartamas.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Ngwu Aloysius Obinna, 34, dituduh mengedar 3.108 kg dan 23.717 kg methaphetamine di Menara Hartamas, Jalan Hartamas 3, Taman Sri Hartamas, di sini, kira-kira 8.40 malam, pada 31 Ogos lalu.

Dia juga dituduh mengedar 13.833 kg heroin pada tempat dan masa yang sama.

Kesemua pertuduhan itu itu dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Tiada rayuan direkodkan dan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 19 November untuk sebutan.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Cif Insp Muhamad Sapri Yaakub, manakala tertuduh diwakili Parvinder Singh Deol. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM