suria

Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 Dimuktamadkan

PUTRAJAYA: Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) telah memuktamadkan garis panduan pelaksanaan perintah gaji minimum 2012, menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia, pada Selasa.

Garis panduan tersebut antara lain menerangkan mengenai gaji minimum pekerja bergaji harian, bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar secara piece-rated, tonnage, trip dan komisen.

Ia juga memberi penjelasan mengenai penstrukturan semula gaji setelah majikan berunding dengan pekerja dan permohonan penundaan oleh majikan.

"Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, tarikh kuat kuasa bermula 1 Januari 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat kepada urusetia MPGN sebelum atau pada 2 Oktober 2012.

"Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh kuat kuasa bermula 1 Julai 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 1 April 2013," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.mohr.gov.my.

Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta telah dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April 2012 dan telah diwartakan pada 16 Julai 2012. Perintah gaji minimum 2012 berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 dan kadar gaji minimun akan dikaji semula setiap dua tahun sekali. BERNAMA

Artikel Lain