suria

Selangor Dakwa Tanah Keretapi Milik Kerajaan Negeri

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor pada Selasa mendakwa tanah negeri yang pernah digunakan untuk perkhidmatan kereta api, tetapi tidak dirizabkan dan kini tidak diduduki adalah milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata status tanah yang tidak diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau diletakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi juga dimiliki kerajaan negeri.

Justeru, katanya mana-mana pihak tidak boleh membuat sebarang urus niaga atau sebarang urusan ke atas tanah berkenaan.

"Tanah-tanah itu, yang tidak dinyatakan keluasannya, diserahkan kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang merupakan syarikat utiliti milik kerajaan pusat sebelum ini atas semangat federalisme di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, Selasa.

Menurut Abdul Khalid kerajaan negeri memandang berat mengenai isu aset ini berikutan cadangan penswastaan KTMB oleh kerajaan persekutuan kepada sebuah syarikat swasta. BERNAMA

Artikel Lain