suria

Pembonceng Maut Dilanggar Kenderaan Pacuan Empat Roda

KUANTAN: Seorang pembonceng motosikal maut manakala penunggangnya parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km 32 Jalan Kuantan-Maran pada Isnin.

Dalam kejadian 2.3o petang itu, Muhammad Annaas Baharin, 19, mati di tempat kejadian.

Pegawai Penguat kuasa Trafik dan Pentadbiran Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah motosikal lain, mengakibatkan mangsa tercampak di laluan bertentangan.

Kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan pemuda itu mengalami kecederaan parah di kepala.- BERNAMA

Artikel Lain