suria

Kerajaan Negeri P.Pinang Belum Buat Keputusan Bubar DUN Serentak

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.

"Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bubar Parlimen dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain