Kerajaan Berusaha Dapatkan Tambahan 10,000 Kuota Haji - Semasa | mStar

Kerajaan Berusaha Dapatkan Tambahan 10,000 Kuota Haji

PUTRAJAYA: Kerajaan masih berusaha mendapatkan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini yang beragama Islam untuk melakukan ibadah tersebut, sekaligus mengurangkan jumlah mereka yang keciciran pada musim haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau akan meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk bercakap dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Tradisinya pada bulan puasa kita dapat jumlah kuota sebanyak 28,000 dan selepas raya biasanya kita dapat kuota rayuan sebab kuota rayuan ini akan membantu mereka yang tercicir dan sebagainya. Sampai sekarang kita sedang menunggu kuota rayuan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Perdana dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Isnin.

Jamil Khir berkata keputusan mengenai kuota tambahan itu diharap dapat diluluskan dalam masa terdekat.

Sebelum ini Jamil Khir mengumumkan kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini iaitu sebanyak 28,000.

Bagaimanapun rakyat negara ini yang sudah berdaftar untuk menunaikan haji adalah seramai 936,000 orang termasuk 4,000 berusia lebih 75 tahun.

Terdahulu Jamil Khir menyampaikan bantuan kewangan RM3 juta kepada 36 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara bagi tahun ini, termasuk NGO dari Sabah dan Sarawak.

Antara NGO terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), World Assembly of Muslim Youth (WAWY), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) dan Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu Sabah.

Jamil Khir berkata peruntukan bantuan kepada NGO pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu RM1 juta kepada 26 NGO.

"Dana ini boleh membantu mereka melaksanakan dan merancakkan lagi aktiviti mereka. Untuk tahun depan, kita akan lihat perkembangan dan keperluan aktiviti mereka (untuk memutuskan jumlah dana yang akan diberikan)," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain