suria

Malaysia Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2020

VLADIVOSTOK: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APec) pada 2020, demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Ahad.

Mengikut urutan, Malaysia dijadual mengadakan sidang kemuncak itu pada 2020, di mana ia merupakan tahun yang bertuah dan penting bagi negara, kata beliau.

"Ia satu kemungkinan besar dan (Malaysia) akan menjadi hos bagi acara itu," kata beliau semasa memberi taklimat kepada pemberita Malaysia mengenai hasil daripada sidang kemuncak Apec ke-20 yang berakhir di sini, pada Ahad.

Pada 2020, Malaysia bakal muncul sebagai sebuah negara maju seperti yang disasarkan di bawah Wawasan 2020. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain