suria

Mayat Lelaki Indonesia Ditemui Tergantung Di Pokok Durian

GEORGE TOWN: Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di sebatang pokok durian di Persiaran Bukit Jambul di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mayat Stenya Priyanto, 35, ditemui tergantung 3.57 meter dari paras tanah oleh seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkan mayat itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan luka yang masih baru ditemui pada mayat itu dipercayai terjadi ketika lelaki itu memanjat pokok.

Gan berkata polis menolak sebarang perlakuan jenayah dan sisasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain