suria

Keperluan Sekolah Venakular Tidak Dipinggirkan Dalam Pelan Pendidikan - Wee

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menolak dakwaan bahawa keperluan sekolah vernakular dipinggirkan dalam membentuk pelan tindakan pendidikan kebangsaan.

“Pertama sekali, mereka tidak melihat salinan penuh laporan dan mereka hanya boleh mendapatkannya pada 11 September,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan melancarkan pelan pendidikan kebangsaan pada Selasa ini.

“Jika pihak-pihak tertentu terus bercakap mengenai isu tertentu tanpa membaca keseluruhan teks, saya percaya ia tidak logik dan mereka hanya membuat tekaan liar,” katanya Dr Wee kepada para pemberita pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kejuruteraan 2012 yang dianjurkan oleh Institusi Jurutera Malaysia pada Ahad.

Dr Wee berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengenai Kementerian Pelajaran mengabaikan keperluan sekolah venakular dalam merangka pelan tindakan terutamanya dalam bidang infrastruktur, kemudahan asas dan prosedur birokrasi kerajaan yang merumitkan serta kokurikulum.

Artikel Lain