suria

Shahrizat Harap Bilangan Calon Wanita Umno Dipertingkat Dalam PRU

HULU TERENGGANU: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap agar bilangan calon daripada sayap parti itu dipertingkatkan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, senarai calon telah pun diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya harap sekurang-kurangnya bilangan calon Wanita Umno digandakan berbanding jumlah pada 2008.

“Sumbangan wanita dalam politik perlu diberikan perhatian kerana kami merupakan tulang belakang kepada parti,” katanya kepada para pemberita selepas melancarkan mesyuarat Wanita Umno Hulu Terengganu di sini.

Shahrizat percaya para pengundi wanita adalah penting dalam pilihan raya.

“Tidak sangsi bahawa undi mereka akan pergi ke Barisan Nasional.

“Kerajaan telah melaksanakan banyak perkara bagi memastikan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor, ia juga adalah kejayaan atas peluh dan air mata Wanita Umno,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain