suria

Seorang Maut, Tujuh Cedera MPV Bertembung Dengan Lori

PEKAN: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di KM 58, Jalan Kuantan-Segamat pada Jumaat.

Noraini Mat Kamis, 33, yang merupakan penumpang hadapan MPV itu mati pada pukul 9.39 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan Yahya Othman berkata dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, MPV yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Segamat itu cuba memotong sebuah kenderaan dan masuk ke laluan lori berkenaan.

"Namun MPV itu tidak sempat masuk ke laluannya semula lalu bertembung dengan lori berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan dari Felda Keratong 8 ke Felda Lepar Hilir 6," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata pemandu MPV, Dewi Rohn Mohmed, 38, yang cedera akibat tersepit di tempat duduk dan enam penumpang lain dihantar ke HTAA untuk rawatan manakala pemandu dan dua penumpang lori hanya cedera ringan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain