suria

Dua Suspek Sang Saka Malaya Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Menurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain