suria

Umno, BN Perlu Kekal Berkuasa Pertahankan Asas Pembinaan Negara Bangsa

LANGKAWI: Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kekal berkuasa di Malaysia bagi memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan Umno dan BN bukanlah kerana mahukan kuasa politik dan kemenangan parti sahaja, sebaliknya kerana ia merupakan benteng negara kepada ancaman dan idelogi yang dibawa dari negara luar.

"Adalah penting untuk BN dan Umno menjadi benteng daripada asakan-asakan pengaruh luar yang tidak secocok dengan nilai-nilai agama, nilai ketimuran dan nilai Malaysia yang telah kita ketahui sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, Jumaat.

Beliau berkata kerana itu, Umno dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.

"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya.

Artikel Lain