suria

Kerajaan Lanjut Kontrak Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana), yang diperbadankan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan bagi menguruskan perkhidmatan pengangkutan awam negara ini, pada Jumaat mengumumkan lanjutan kontrak Datuk Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan syarikat milik penuh kerajaan itu.

Shahril menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sehingga dilantik ke jawatan semasa pada 1 Oktober, 2010, akan terus menerajui syarikat itu sehingga 2014, demikian menurut Prasarana dalam satu kenyataan.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata: "Kami gembira mengumumkan lanjutan perkhidmatan Shahril sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana selama dua tahun lagi."

"Kami ingin merakamkan penghargaan tertinggi dan terima kasih kami kepada kerajaan kerana keputusan itu kerana lanjutan itu akan memastikan kesinambungan kesemua program yang kini dilaksanakan oleh kumpulan itu," katanya.

Prasarana berkata pengumuman itu bersamaan dengan ulang tahun ke-10 syarikat itu. BERNAMA

Artikel Lain