suria

Jalan Cheras Ditutup Mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Lorong kanan menghala ke Kajang dan ke Kuala Lumpur di Jalan Cheras antara Leisure Mall dan Plaza Phoenix akan ditutup pada waktu malam dari 10 September hingga 31 Oktober.

Dalam kenyataan pada Jumaat, MRT Corp berkata penutupan selama 52 hari itu bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan bagi projek Mass Rapid Transit.

Penutupan ialah dari 11 malam hingga 5.30 pagi setiap hari kecuali Sabtu dan cuti umum, katanya.

Syarikat itu berkata pelan pengurusan trafik akan dilaksanakan untuk memastikan kesulitan minimum kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki. BERNAMA

Artikel Lain