suria

Warga Myanmar Dijumpai Mati Dengan Kesan Luka Di Mulut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan luka di mulut di luar rumah yang didiaminya di Jalan Permai A, Tasik Ampang di sini Rabu.

Mangsa ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari dalam keadaan terbaring di tepi longkang bahagian sudut rumah lot setingkat itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berlaku di rumah tersebut sebelum mayat mangsa dijumpai oleh orang awam di luar rumah.

Polis masih menyiasat identiti lelaki tersebut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya ada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu, diminta tampil ke Balai Polis Ampang Jaya untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain