TOL Bukti Keselamatan Operasi Lynas Diyakini

KUALA LUMPUR: Pemberian lesen pengendalian sementara (TOL) kepada Lynas (Malaysia) Sdn Bhd membuktikan operasi kilang pemprosesan nadir bumi yang dikendalikannya di Gebeng, Pahang itu diyakini selamat.

Anggota Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Ir Ahmad Zaidee Laidin berkata tiada halangan mahupun sebab utama lain mengapa kerja-kerja pemprosesan itu tidak boleh dijalankan selepas ini.

Beliau berkata kilang Lynas juga terbukti hanya menjalankan operasi memproses bahan kimia terkawal, bukan bahan nuklear seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Diharapkan rakyat lebih yakin dengan aspek teknikal dan keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi itu kerana TOL tidak diberi sewenang-wenangnya tanpa mematuhi perundangan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama Khamis.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memutuskan untuk mengeluarkan TOL kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Sept lepas.

Ia membolehkan Lynas menjalankan percubaan mengilang bahan mentah pekatan 'lanthanid' secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa.

AELB mengeluarkan lesen sementara itu selepas bermesyuarat pada Isnin lepas dan berpuas hati bahawa syarikat itu mematuhi semua aspek teknikal dan keselamatan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaidee berkata AELB boleh menarik balik TOL sekiranya agensi penguat kuasa yang dilantik tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan operasi Lynas.

Isu projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak termasuk pembangkang membantah dengan mendakwa ia bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz berkata beberapa pakar teknologi kimia dari Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada yang dijemput bagi tujuan pemeriksaan turut memperakui kilang Lynas itu selamat.

Dr Badrulhisham, yang berpengalaman 26 tahun dalam bidang teknologi kimia, berkata pemeriksaan pakar berkenaan juga mendapati kadar residu yang dikeluarkan oleh kilang itu terkawal dan dijamin tidak akan memberi kesan kepada penduduk dan alam sekitar.

"Mereka juga kagum dengan teknologi canggih yang digunakan ditambah penerangan yang diberi oleh Lynas ketika pemeriksaan dibuat sangat meyakinkan," katanya.

Beliau yang juga seorang pakar bagi tujuan rujukan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai LAMP berharap rakyat yakin dengan kemampuan kerajaan membawa pembaharuan besar untuk kebaikan masyarakat dan negara.

Pada 25 Jun lepas, jawatankuasa itu membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya TOL dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain