suria

Rakyat Pakistan Miliki 253 Keping Wang Rupee Palsu Dipenjara Dua Tahun

Seorang rakyat Pakistan, Zulfiqar Ali, 46, (kanan) dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di Ipoh, setelah mengaku bersalah memiliki 253 keping wang kertas rupee India palsu bernilai 1,000 pada 23 Ogos lalu. 
Sementara itu, mahkamah yang sama menetapkan 5 Okt depan untuk sebutan semula kes seorang rakyat Lubnan Hassan Zarrad, 32 (kiri) yang didakwa bersubahat dengan Zulfiqar. - Foto BERNAMA

IPOH: Seorang rakyat Pakistan pada Khamis dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah mengaku bersalah memiliki 253 keping wang kertas rupee India palsu bernilai 1,000 pada bulan lepas.

Zulfiqar Ali, 46, didakwa melakukan kesalahan itu di kedai 7 Eleven, Jalan Datuk Onn Jaafar, Pekan Bharu di sini, pada kira-kira 5 petang, 23 Ogos lepas mengikut Seksyen 489 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid memutuskan hukuman penjara itu berkuatkuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Ogos lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya dapat dijadikan pengajaran buat tertuduh sendiri dan orang lain yang berhasrat melakukan kesalahan sama terutama rakyat asing.

Zulfiqar yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia mempunyai tiga orang anak yang masih kecil di Pakistan.

Sementara itu, mahkamah yang sama menetapkan 5 Okt depan untuk sebutan semula kes seorang rakyat Lubnan yang didakwa bersubahat dengan Zulfiqar dengan memiliki 149 wang kertas rupee India palsu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Rabiatul Adawiyyah menetapkan tarikh tersebut setelah tertuduh, Hassan Zarrad, 32, yang berasal dari Beirut memerlukan jurubahasa Arab kerana tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris. - BERNAMA

Artikel Lain