suria

Pisau Pemotong Sayur Dalam Kes Abang Tikam Adik Ditemui

KUALA TERENGGANU: Polis pada Khamis menemui pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan untuk menikam seorang pemuda di Kampung Telaga Papan, Kemaman Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pisau berkenaan ditemui di dalam semak berhampiran tempat kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi.

"Polis percaya pisau berkenaan dibuang oleh ahli keluarga mereka sendiri. Kita juga percaya dengan tertangkapnya suspek dan beberapa bukti lain, kita berjaya menyelesaikan kes itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dilaporkan semalam, akibat menukar siaran televisyen, seorang adik berumur 23 tahun maut dipercayai ditikam abangnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Artikel Lain