Kolej Buat Pertimbangan Wajar Berhentikan Pelajar ' Tunjuk Punggung' - Khaled Nordin - Semasa | mStar

Kolej Buat Pertimbangan Wajar Berhentikan Pelajar ' Tunjuk Punggung' - Khaled Nordin

BANGI: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.

"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di sini malam Rabu.

Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.

Terdahulu, Khaled menghadiri majlis tinjauan mesra menteri bersama pelajar Kolej Keris Mas sempena Minggu Mesra Pelajar Sesi Akademik 2012-2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Dalam ucapannya, beliau menasihati pelajar supaya memahami dan menghayati matlamat berada di universiti iaitu untuk menguasai ilmu pengetahuan.

"Anda perlu memahami kebebasan. Tapi ia tidak bermaksud kita membuat apa yang kita suka dan melanggar undang-undang negara," katanya.

Seramai 521 pelajar baru mendaftar masuk ke Kolej Keris Mas untuk sesi akademik 2012-2013. Mereka antara 3,180 pelajar baru yang mendaftar di UKM sesi tersebut. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain