Tan Sri Hamzah Abu Samah Anggotai Kabinet Pertama Persekutuan - Semasa | mStar

Tan Sri Hamzah Abu Samah Anggotai Kabinet Pertama Persekutuan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Hamzah Abu Samah yang meninggal dunia pada Selasa, merupakan salah seorang tokoh yang pernah menganggotai kabinet pertama kerajaan persekutuan bersama Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas negara mencapai kemerdekaan.

Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob berkata Allahyarham yang mempunyai semangat juang yang tinggi, juga pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam Umno seperti Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung.

Mustapha berkata pemergian Allahyarham sememangnya satu kehilangan yang besar kepada negara dan parti, dan semua sumbangan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai.

"Kita kehilangan seorang tokoh yang hebat... Veteran Umno merakamkan takziah dan dukacita di atas pemergian Allahyarham," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mustapha juga berharap golongan muda dapat mencontohi dan meneruskan semangat perjuangan Allahyarham dalam membawa kemajuan dan keharmonian kepada negara. Hamzah, berusia 88 tahun, meninggal pada 3.30 petang tadi di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan, hari ini akibat sakit tua.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Allahyarham.

Tengku Adnan juga menyifatkan Allahyarham seorang tokoh yang sentiasa mengutamakan perjuangan untuk anak bangsa dan negara. "Segala usaha dan sumbangan Allahyarham kepada negara dan parti tidak ternilai," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain