suria

Saman Di Mahkamah Tidak Jejas Jualan Produk Samsung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kes mahkamah antara Samsung Electronics dan Apple Inc tidak memberi impak ke atas produk Samsung dalam pasaran Malaysia, kata Vincent Chong Weng Kai, ketua bahagian telefon mudah alih Samsung Electronics.

"Kes itu sebenarnya terhad di AS (Amerika Syarikat) dan ia tidak memberi impak sama sekali di Malaysia," katanya pada taklimat media selepas pelancaran tablet Samsung Galaxy Note 10.1 di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Chong berkata, prestasi Samsung sangat baik di Malaysia.

Beliau berkata, di peringkat global, jualan Note 10.1 mencecah tujuh juta dan beliau yakin angka itu akan mengatasi sasaran syarikat sebanyak 10 juta.

"Di peringkat tempatan, tablet yang akan dijual oleh rakan usaha samanya seperti DiGi, Maxis, Celcom dan U Mobile, kedai jenama Samsung dan dan semua operator Samsung, ditawarkan pada harga RM2,199," katanya.

Chong berkata, Note 10.1 dilengkapi "S Pen" dan S-Note yang sesuai untuk mengambil nota, navigasi menu dan melukis.

"Ciri pelbagai skrin membolehkan penggunaan dua aplikasi serentak, sebelah-menbelah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain