suria

Pijak Gambar PM: Model Sambilan Serah Diri

JOHOR BARU: Seorang model sambilan berusia 19 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baru Selatan pada Rabu kerana didakwa memijak gambar Perdana Menteri pada sambutan ambang Merdeka.

Memakai baju-T berkolar putih, remaja dari Taman Puteri Wangsa itu yang ditemani oleh rakan-rakannya menyerah diri kira-kira pukul 10 pagi selepas gambarnya disiarkan dalam sebuah akhbar bahasa China pada Selasa kerana memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka.

Laporan itu selesai sekitar pukul 1.05 petang dan dia meninggalkan ibu pejabat itu dengan diiringi polis.

Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain