suria

Lynas Terima Lesen Operasi Sementara

PETALING JAYA: Lynas Corporation pada Rabu mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Kilang menapis nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan dijangka memulakan operasi pada Oktober ini.

“Menerima lesen daripada AELB merupakan satu kejayaan signifikan untuk Lynas,” kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis.

“TOL tersebut menyediakan pengesahan tambahan untuk keselamatan dalam operasi Lynas di Malaysia dan menyokong penilaian awal sebelum ini oleh pihak berkuasa untuk keselamatan radiasi, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bahawa LAMP adalah selamat dan mematuhi standard antarabangsa sepenuhnya.

Curtis berkata, pengesahan kelulusan itu menunjukkan komitmen Lynas secara kuat terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan nilai kemasyarakatan.

“Seperti semua pihak di Lynas, saya akhirnya dapat menjangkakan tentang keselamatan operasi di LAMP dan boleh untuk membekalkan produk kepada pelanggan kami.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain