Had Umur Persaraan Wajib: GLC Lain Disaran Ikut Jejak Langkah TNB - Semasa | mStar

Had Umur Persaraan Wajib: GLC Lain Disaran Ikut Jejak Langkah TNB

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC dan Penswastaan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain mengikut jejak langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun.

Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal berkata kongres berharap agar Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC dan Penswastaan tidak melengah-lengahkan pengumuman persaraan wajib 60 tahun kerana ini akan memberi impak yang negatif di kalangan pekerja.

Beliau berkata majoriti pekerja di dalam syarikat GLC yang telah diswastakan oleh kerajaan 20 tahun dahulu mendapat sokongan yang kuat daripada kesatuan dan pekerja. "Justeru, kini sudah sampai masanya demi untuk mengekalkan perhubungan industri yang harmoni antara majikan dan pekerja, maka pengumuman umur persaraan wajib 60 tahun hendaklah diberi keutamaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa TNB merupakan GLC pertama melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa 1 Sept lepas.

Mohamed Shafie berkata kongres mengalu-alukan serta menyokong pengumuman tersebut dan menanti syarikat berikutnya yang berani tampil ke hadapan mengikut jejak langkah TNB kerana langkah itu telah lama ditunggu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain