suria

Polis Tahan Pengawal Keselamatan Bersama Rakan Dipercayai Miliki Syabu

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan seorang pengawal keselamatan bersama rakannya dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis syabu seberat seberat 105 gram bernilai RM31,500 di sini, Isnin.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, suspek yang berasal dari Limbang, Sarawak berusia 30 tahun itu ditahan bersama rakannya berusia 31 tahun dalam sebuah Perodua Kancil di tempat letak kereta berhampiran Gereja Baptist, Jalan Bunga Raya Kayu, Tanjung Aru.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Supt M. Chandra berkata serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Katanya, polis turut menemui tiga paket plastik lut sinar mengandungi serbuk putih dadah jenis syabu.

"Kita percaya dadah itu akan dipasarkan ke sekitar bandaraya ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Selasa. Katanya, dua suspek itu kini ditahan reman selama seminggu sehingga Isnin depan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana mengambil dadah selepas kedua-duanya didapati positif dadah jenis syabu," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain