suria

Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh Ditemui Mati Dalam Kereta

KOTA BAHARU: Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh ditemui mati di dalam keretanya, di sini, Ahad dipercayai akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata mayat Rosyuri Mat Rifin, 44, ditemui orang ramai pada pukul 8.10 pagi di dalam kenderaannya yang terletak di tepi jalan di simpang empat lorong belakang al-Quds Travel, di Wakaf Siku.

Menurut isteri si mati, Rosyuri yang ada bersamanya pada waktu maghrib memberitahunya yang dia hendak menonton bola sepak di antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi, kata Azham.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak tersebut," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini.

Azham berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Binjai, Ketereh itu ditemui di tempat duduk pemandu dengan terdapat kesan muntah, dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain