suria

Malaysia, Brunei Meterai Perjanjian Kerjasama Ekonomi

PUTRAJAYA: Kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Brunei dijangka meningkat selepas kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian pada Selasa untuk memperluaskan perkongsian dalam bidang tersebut.

Perjanjian itu akan menyaksikan kedua-dua negara memulakan kerjasama ekonomi yang lebih menyeluruh.

Pertukaran dokumen perjanjian itu diadakan di bangunan Perdana Putra di sini pada Selasa.

Malaysia diwakili oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir manakala Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei Pehin Datuk Lim Jock Seng mewakili Brunei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Hassanal Bolkiah menyaksikan majlis tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain