suria

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Selepas Main Badminton

Chan Sin Fong, 60, mati di dalam kereta semasa dalam perjalalanan selepas bermain badminton di Jalan Masjid Negeri di sini, Selasa. Chan dipercayai mati akibat serangan jantung. -Foto BERNAMA.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, di sini, Selasa.

Sumber polis berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Chan Sin Foong, 60, dipercayai mengalami serangan jantung menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan. "Mangsa yang lengkap berpakaian sukan mungkin baru pulang dari bermain badminton kerana terdapat raket dalam keretanya," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain