Kerusi Sg Siput Kekal Ditandingi MIC - BN Perak - Semasa | mStar

Kerusi Sg Siput Kekal Ditandingi MIC - BN Perak

SUNGAI SIPUT: Barisan Nasional Perak bersetuju kerusi Parlimen Sungai Siput kekal ditandingi oleh MIC sebagai calon BN pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata siapa sahaja calon yang akan bertanding bagi kerusi itu, yang secara tradisinya ditandingi oleh presiden MIC, akan dibincangkan secara bijaksana oleh Perdana Menteri dan presiden parti itu.

"Kita telah bersetuju supaya kerusi itu kekal ditandingi oleh calon BN dari MIC. Jadi tidak perlu kita buat spekulasi lagi, ini ada yang kata Umno nak ambil alih, ada pula kata Gerakan nak ambil. Kita tutup dan teruskan tradisi," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Sungai Siput di Wisma Umno di sini, Isnin.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata sebagai anggota BN dan Umno, apa yang lebih penting adalah bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon B Npada pilihan raya umum.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri Jalong dan Lintang yang berada dalam kawasan Parlimen Sungai Siput, beliau berkata BN negeri akan membuat penilaian mengenai kedudukannya berasaskan kepada kebarangkalian untuk BN mencatatkan kemenangan besar.

"Bagi kerusi DUN pula, dari segi kuota dan kebiasaannya masing-masing satu kerusi untuk Umno dan Gerakan. Apa yang kita akan lihat dari segi kedudukan kawasan yang kita tandingi adalah berasaskan kebarangkalian yang besar untuk menang, itu paling penting bagi BN," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mendakwa penukaran 'bendera baharu' bukan merupakan agenda pakatan pembangkang.

"Dalam masa yang sama, dia bercakap seolah-olah Pemuda dia (PKR) faham sejarah.

"Saya tidak faham kenyataan ketua pembangkang, (yang) mereka kata tidak pernah berbicara nak tukar bendera tetapi dalam masa yang sama, dalam satu ceramah, dia memuji budak yang mencipta bendera itu, dia faham sejarah kerana kononnya sebelum merdeka itulah bendera Malaysia...inilah permainan dia, jadi orang tahu siapa dia sebenar," katanya.

Beliau menyifatkan kemungkinan tindakan pembangkang itu sebagai 'desperado politik untuk menuju ke Putrajaya.

Tindakan melampau pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan subur dalam masyarakat kerana permainan itu boleh membawa kehancuran kepada negara, katanya.

"Apabila pihak tertentu dengan disebabkan kepentingan politik peribadi dan sempit, mereka menanamkan emosi kebencian supaya berlaku penentangan politik yang akan mewujudkan permusuhan dan akhirnya berlaku pertembungan yang akan mencetuskan kemusnahan politik.

"Jadi berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita lakukan sebagai orang politik, rakyat biasa. Pengalaman politik negara selama 55 tahun kita merdeka walaupun ada perbezaan, hidup dalam sistem demokrasi yang subur, ada pemerintah, ada pembangkang, kita tidak pernah menggunakan jalan-jalan yang menjijikkan untuk berkuasa," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain